Monday, October 23, 2017

Tugasan Hari ke 17


Buat satu blog iklan khusus untuk ebook.
Ia sebagai salah satu platform jualan dan pemasaran.
Contoh blog iklan ebook.
Minisite yang menggunakan blog.
Bahan untuk promosi, kita hanya keluarkan 20 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan.
Ulasan pembaca juga boleh disiarkan di blog minisite.

Etika gambar dan grafik.


1. Ketika kita ambil gambar melalui sumber Google, sangat tidak digalakkan mengambil tanpa izin.
2. Gambar kreatif, grafik dan juga penulisan adalah hak cipta terpelihara.
3. Maksudnya kita tidak boleh sesuka hati menggunakan tanpa izin. Ini dipanggil plagiat.
4. Sama juga ketika berunding dengan grafik untuk menyelesaikan cover. Kita akan diberi pilihan untuk pilih cover 1, 2 dan 3.
5. Semasa masih dalam proses kerja, tidak boleh sama sekali menggunakan selagi tiada persetujuan.
6. Ini menjaga etika kita semasa urusniaga.

Bank idea dan gambar.



1. Salah satu cara untuk mendapatkan sumber gambar adalah ambil sendiri.
2. Gambar yang kita mahu guna boleh kita pelbagaikan. Macam Syatirah dia ada banyak sumber gambar.
3. Bagaimana untuk dapatkan posisi gambar profesional. Boleh lihat contoh di web dan cuba tiru.
4. Gambar ini boleh digunakan berulang kali.
5. Ada juga gambar yang boleh dibeli dan dibenarkan guna, rujuk web yang memberi kebenaran untuk guna. Kebanyakan dari sumber web antarabangsa.

Minisite

Minisite


Soalan:
Minisite menjual kena buat blog baru kah?
Jawapan:
Boleh gunakan url sedia ada, apabila bahan semua sudah dipindahkan dan pdf.
Tinggalkan 20 peratus sahaja bahan untuk promo.
Tinggalkan juga semua ulasan pembaca.
Jadi apabila ada pembaca yang baru, kalian hanya tambah sahaja, ulasan demi ulasan pada label yang sama.
Bahan yang mahu disimpan tukar kepada draf. Mudah kan.
Tapi katakanlah mahu jadikan url pertama itu sebagai rujukan. Boleh kekalkan.
Sebab nanti nak buat lebih banyak ebook hanya tengok yang itu sahaja.
Create 1 lagi blog jualan baru.
Apapun macam 2 pilihan di atas.

Etika penulisan.


1. Menghasilkan karya asli dengan olahan idea dan gaya penulisan asli penulis.
2. Tidak menciplak dan meniru seratus peratus idea asal.
3. Perbanyakkan sumber rujukan, tetapi bukan meniru bulat-bulat.
4. Kesalahan rutin penulis baru adalah mencedok dan menulis bulat-bulat dari sumber asal. Ini adalah salah.
5. Kegiatan meniru dan menulis semula idea asal tanpa mengubah, ia dikenali sebagai plagiat.
6. Kegiatan plagiat boleh dikenakan tindakan undang undang dan disaman.
7. Perbanyakkan rujukan, dan apabila menyusun semula idea asal perlu diberikan contoh baru dan olahan baru. Pelbagaikan kosa kata.
8. Bermula dari tajuk, susunan bab dan juga huraian ayat. Ia perlu karya asli penulis.
9. Lampiran akhir, dengan menyatakan buku buku yang dijadikan rujukan.
10. Berikut salah satu contoh, olahan semula dari buku yang dirujuk. Diberi penyesuaian semula dengan contoh dan ulasan yang begitu baik.

Jangan 'Copy Paste'.


1. Apabila menulis apa-apa judul, kita bukan orang pertama menulis judul tersebut.
2. Sebagaimana kita mahu dihormati dengan hak karya kita, begitu juga karya penulis-penulis terdahulu.
3. Setiap karya, penulisan, lukisan, gambar, konten adalah dilindungi karya hak cipta.
4. Justeru, perlu menjadi penulis beretika.
5. Iaitu menghormati karya lain, menulis siapa buku yang dirujuk.
6. Tidak meniru bulat-bulat.
7. Susunan bab perlu diubah sama sekali, juga penulisan dan konten perlu digarap dari idea sendiri.
8. Karya yang ditulis dengan jujur dan penuh amanah akan sampai dan mampu bertahan lama.
9. Menulis juga amanah, sebagaimana rezeki. Kita jujur mendapatkan sumber, penyampaian dan juga memanfaatkan sebaran ilmu sejauh yang boleh.
10. Selalu semak dan proses suntingan dilakukan secara berterusan sejak dari bank idea, olahan, konten di blog, susunan bab, tajuk bab, penyelarasan dan pemurnian.