Monday, October 23, 2017

Jangan 'Copy Paste'.


1. Apabila menulis apa-apa judul, kita bukan orang pertama menulis judul tersebut.
2. Sebagaimana kita mahu dihormati dengan hak karya kita, begitu juga karya penulis-penulis terdahulu.
3. Setiap karya, penulisan, lukisan, gambar, konten adalah dilindungi karya hak cipta.
4. Justeru, perlu menjadi penulis beretika.
5. Iaitu menghormati karya lain, menulis siapa buku yang dirujuk.
6. Tidak meniru bulat-bulat.
7. Susunan bab perlu diubah sama sekali, juga penulisan dan konten perlu digarap dari idea sendiri.
8. Karya yang ditulis dengan jujur dan penuh amanah akan sampai dan mampu bertahan lama.
9. Menulis juga amanah, sebagaimana rezeki. Kita jujur mendapatkan sumber, penyampaian dan juga memanfaatkan sebaran ilmu sejauh yang boleh.
10. Selalu semak dan proses suntingan dilakukan secara berterusan sejak dari bank idea, olahan, konten di blog, susunan bab, tajuk bab, penyelarasan dan pemurnian.

No comments:

Post a Comment