Monday, October 23, 2017

Tugasan Hari ke 17


Buat satu blog iklan khusus untuk ebook.
Ia sebagai salah satu platform jualan dan pemasaran.
Contoh blog iklan ebook.
Minisite yang menggunakan blog.
Bahan untuk promosi, kita hanya keluarkan 20 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan.
Ulasan pembaca juga boleh disiarkan di blog minisite.

Etika gambar dan grafik.


1. Ketika kita ambil gambar melalui sumber Google, sangat tidak digalakkan mengambil tanpa izin.
2. Gambar kreatif, grafik dan juga penulisan adalah hak cipta terpelihara.
3. Maksudnya kita tidak boleh sesuka hati menggunakan tanpa izin. Ini dipanggil plagiat.
4. Sama juga ketika berunding dengan grafik untuk menyelesaikan cover. Kita akan diberi pilihan untuk pilih cover 1, 2 dan 3.
5. Semasa masih dalam proses kerja, tidak boleh sama sekali menggunakan selagi tiada persetujuan.
6. Ini menjaga etika kita semasa urusniaga.

Bank idea dan gambar.



1. Salah satu cara untuk mendapatkan sumber gambar adalah ambil sendiri.
2. Gambar yang kita mahu guna boleh kita pelbagaikan. Macam Syatirah dia ada banyak sumber gambar.
3. Bagaimana untuk dapatkan posisi gambar profesional. Boleh lihat contoh di web dan cuba tiru.
4. Gambar ini boleh digunakan berulang kali.
5. Ada juga gambar yang boleh dibeli dan dibenarkan guna, rujuk web yang memberi kebenaran untuk guna. Kebanyakan dari sumber web antarabangsa.

Minisite

Minisite


Soalan:
Minisite menjual kena buat blog baru kah?
Jawapan:
Boleh gunakan url sedia ada, apabila bahan semua sudah dipindahkan dan pdf.
Tinggalkan 20 peratus sahaja bahan untuk promo.
Tinggalkan juga semua ulasan pembaca.
Jadi apabila ada pembaca yang baru, kalian hanya tambah sahaja, ulasan demi ulasan pada label yang sama.
Bahan yang mahu disimpan tukar kepada draf. Mudah kan.
Tapi katakanlah mahu jadikan url pertama itu sebagai rujukan. Boleh kekalkan.
Sebab nanti nak buat lebih banyak ebook hanya tengok yang itu sahaja.
Create 1 lagi blog jualan baru.
Apapun macam 2 pilihan di atas.

Etika penulisan.


1. Menghasilkan karya asli dengan olahan idea dan gaya penulisan asli penulis.
2. Tidak menciplak dan meniru seratus peratus idea asal.
3. Perbanyakkan sumber rujukan, tetapi bukan meniru bulat-bulat.
4. Kesalahan rutin penulis baru adalah mencedok dan menulis bulat-bulat dari sumber asal. Ini adalah salah.
5. Kegiatan meniru dan menulis semula idea asal tanpa mengubah, ia dikenali sebagai plagiat.
6. Kegiatan plagiat boleh dikenakan tindakan undang undang dan disaman.
7. Perbanyakkan rujukan, dan apabila menyusun semula idea asal perlu diberikan contoh baru dan olahan baru. Pelbagaikan kosa kata.
8. Bermula dari tajuk, susunan bab dan juga huraian ayat. Ia perlu karya asli penulis.
9. Lampiran akhir, dengan menyatakan buku buku yang dijadikan rujukan.
10. Berikut salah satu contoh, olahan semula dari buku yang dirujuk. Diberi penyesuaian semula dengan contoh dan ulasan yang begitu baik.

Jangan 'Copy Paste'.


1. Apabila menulis apa-apa judul, kita bukan orang pertama menulis judul tersebut.
2. Sebagaimana kita mahu dihormati dengan hak karya kita, begitu juga karya penulis-penulis terdahulu.
3. Setiap karya, penulisan, lukisan, gambar, konten adalah dilindungi karya hak cipta.
4. Justeru, perlu menjadi penulis beretika.
5. Iaitu menghormati karya lain, menulis siapa buku yang dirujuk.
6. Tidak meniru bulat-bulat.
7. Susunan bab perlu diubah sama sekali, juga penulisan dan konten perlu digarap dari idea sendiri.
8. Karya yang ditulis dengan jujur dan penuh amanah akan sampai dan mampu bertahan lama.
9. Menulis juga amanah, sebagaimana rezeki. Kita jujur mendapatkan sumber, penyampaian dan juga memanfaatkan sebaran ilmu sejauh yang boleh.
10. Selalu semak dan proses suntingan dilakukan secara berterusan sejak dari bank idea, olahan, konten di blog, susunan bab, tajuk bab, penyelarasan dan pemurnian.

Manuskrip

Panduan asas terbit - menghantar manuskrip.
1. Pilihan menjual ebook sama ada terbit sendiri atau melalui penerbit.
2. Jual melalui blog sendiri contoh www.masayuahmad.com
Jual melalui web jualan sendiri, contoh www.akademibekerjadirumah.com/shop
3. Jual melalui laman minisite.
4. Jual melalui penerbit.
5. Apabila mahu memilih untuk hantar kepada penerbit. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan penerbit.
6. Penerbit berhak menolak manuskrip yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
7. Penerbit berhak menolak manuskrip yang lemah, konten yang kurang padat, terdapat kesalahan asas bahasa dan tatabahasa.
8. Setiap penerbit ada house style penerbitan. Contoh PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
9. Apabila proposal manuskrip diterima, penerbit berhak mengarahkan penulis untuk rombakan semula keseluruhan atau pada bab-bab tertentu sahaja.
10. Semua di atas adalah proses rutin yang biasa sahaja dalam menyiapkan sesebuah manuskrip sama ada terbit sebagai buku atau ebook. Sama ada terbit sendiri atau melalui penerbit.

Proses selaras dan suntingan.


1. 10 bab teks.
2. Selepas dimasukkan 4 atau 5 gambar, jumlah keseluruhan 15 muka surat adalah maksima.
3. Sunting lagi keseluruhan dari atas ke bawah, dari bawah ke atas.
4. Lakukan proses yang sama untuk semua bab.
5. Apabila sudah selesai gabungkan ke semua bab.
6. Boleh print out, edit lagi.
7. Bacaan pruf.
8. Selaras dan lakukan pemurnian.
9. Sudah boleh pdf.

Panduan asas cover ebook.


1. Pilih beberapa contoh gambar melalui Google untuk beri contoh jelas kepada artis grafik.
2. Berikan lakaran yang jelas mahu konsep yang macam mana.
3. Grafik akan buat design berpandukan idea yang kita mahu.
4. Kita menggunakan sumber yang minima, iaitu gambar yang dibenarkan sahaja.
5. Untuk cover, pilih konsep polos, jangan terlalu banyak warna menyebabkan cover nampak serabut.
6. Cover ebook sangat memainkan peranan jualan. Dan juga memberi impak pertama untuk mempengaruhi keputusan pembelian.
7. Elakkan menggunakan model, guna objek, gambar luar negara, gambar plagiat.
8. 2 gambar cover akan digunakan untuk perbandingan pemilihan cover. Ini juga membantu dalam strategi promosi dan pemasaran.

Proses selaras dan suntingan.



1. 10 bab teks.
2. Selepas dimasukkan 4 atau 5 gambar, jumlah keseluruhan 15 muka surat adalah maksima.
3. Sunting lagi keseluruhan dari atas ke bawah, dari bawah ke atas.
4. Lakukan proses yang sama untuk semua bab.
5. Apabila sudah selesai gabungkan ke semua bab.
6. Boleh print out, edit lagi.
7. Bacaan pruf.
8. Selaras dan lakukan pemurnian.
9. Sudah boleh pdf.

Panduan asas cover ebook.


1. Pilih beberapa contoh gambar melalui Google untuk beri contoh jelas kepada artis grafik.
2. Berikan lakaran yang jelas mahu konsep yang macam mana.
3. Grafik akan buat design berpandukan idea yang kita mahu.
4. Kita menggunakan sumber yang minima, iaitu gambar yang dibenarkan sahaja.
5. Untuk cover, pilih konsep polos, jangan terlalu banyak warna menyebabkan cover nampak serabut.
6. Cover ebook sangat memainkan peranan jualan. Dan juga memberi impak pertama untuk mempengaruhi keputusan pembelian.
7. Elakkan menggunakan model, guna objek, gambar luar negara, gambar plagiat.
8. 2 gambar cover akan digunakan untuk perbandingan pemilihan cover. Ini juga membantu dalam strategi promosi dan pemasaran.

Tugasan Hari Ke 20


Tugasan Hari ke 20.
1. Buat 1 blog jualan.
2. Kekalkan label ulasan ebook.
3. Kekalkan 20 peratus bahan promo dari keseluruhan muka surat ebook.

Tugasan Hari ke 21.



Buat 1 ulasan tentang Kelas Tulis dan Terbit Ebook Edisi Online.
Apa yang telah dipelajari?
Adakah berbaloi yuran dan modul yang disampaikan?

Strategi jualan ebook.


1. Jualan pertama menggunakan 100 belian terawal harga RM20 x 100. Dapat RM2K.

2. Guna perbandingan cover di FB. Kalian mohon pilih cover A atau B. Bagi yang mahu baca edisi penuh, boleh tinggalkan email atau no telefon.

Dua status jualan di atas, akan lama kekal di wall FB, kadang-kadang sampai seminggu. Kalau betul tribe kalian.
Perlu bersedia untuk jawab, dan berada dalam keadaan bertenang.

Semasa buat status jualan, perlu mengambil kira masa yang sesuai.
Jangan guna ayat menjual.

Contoh kita tulis, alhamdulillah selesai akhirnya ebook pertama bla bla bla. Ini memang kalian tak sabar-sabar nak umumkan sebenarnya. Jadi masa status promo yang pertama lagi rancang dengan betul.
Pastikan blog jualan juga sudah selesai.

Strategi letak harga ebook.


1. 150 muka surat antara RM25 hingga RM30.
2. Buat 2 ebook serentak. Beli 1 ebook dapat 1 ebook bonus.
Setiap 1 ebook muka surat 150 dan ke atas.
Contoh 1
Beli ebook pantang dapat 1 ebook ikhtiar hamil.
Jadi RM50 untuk 2 ebook.
3. Pendaftaran ke Group Ikhtiar Hamil.
Bayaran pakej RM150. Dapat 2 ebook rujukan.
Modul kelas/seminar perlu diperincikan bagi RM150.
Katakanlah RM150. KPI daftar 20 orang.
Dapat RM3k sebulan.

Menetapkan Harga Ebook


Kalau ebook dihantar terus ke penerbit, mereka akan nilai dan letak harga.

Biasanya ebook buat duit harga lebih tinggi. RM50 dan ke atas.

Kriteria yang akan dinilai:
1. Konten ebook.
2. Penyampaian dan penulisan.
3. Kekuatan penulis sendiri adakah pakar bidang.
4. Harga ebook secara relatifnya murah kerana tidak ada kos grafik, lay out, editor, percetakan, kos penerbitan, kos pemasaran.
5. Kalau terbit buku ada 15 langkah. Terbit ebook, 5 langkah sahaja. Ebook memang jauh lebih mudah untuk ditulis dan diterbit.
6. Harga ebook boleh dinaikkan dengan pertambahan pakej, edisi kemaskini, lebih banyak ulasan pembaca.
Contoh, kalau lihat ebook terbitan PTS harga bermula belas-belas ringgit sahaja.

Menjual Sendiri


Kalau mahu menulis, jangan menulis hanya 1 ebook, perbanyakkan menjadi bersiri.
1. Jual sendiri.
2. Jual dengan pasukan jualan.
3. Tulis dan terbit melalui penerbit.
Kelebihan jual sendiri, mahu dapat 2 angka setiap hari pun boleh tak ada masalah.
Apa pun asalkan konsisten promo dan jual.
Bijak susun strategi.

Royalti Ebook


Royalti.

1. Kalau PTS setahun sekali.
2. Karangkraf 4 kali setahun.
Dua cara di atas adalah cara bayaran royalti buku.
3. Royalti bulanan melalui klikjer.com 
4. Jual sendiri melalui wall FB, pasukan jualan, website.

Tugasan Hari Ke 12

Hari ke 12.

Selesaikan baki 5 lagi ebook rakan-rakan.

Tugasan Hari Ke 11


Hari ke 11.

Buat ulasan sehari 5 ulasan ebook, iaitu pilih 5 ebook rakan.
Tulis entri ulasan.
Masukkan ke label: Ulasan Ebook.


Tugasan Hari ke 14

Hari ke 14.


Mula edit setiap bab.

Bab 1 hingga Bab 5.

Mula Bab 5 hingga Bab 1.

Ulang sehingga 10, 20 kali.

Tugasan Hari Ke 13

Tugasan Hari ke 13 dan 14

Teks: Masayu Ahmad


Hari ke 13.
Selesaikan Bab 1.


Pemurnian Naskhah


Pemurnian naskhah.
1. Untuk mendapatkan naskhah yang bersih, proses menyunting/edit adalah secara berterusan.
2. Biasakan menulis ejaan penuh dan zero kesalahan asas.
3. Menulis mengikut format peperiksaan.
4. Walaupun menulis di peringkat mengumpul bahan.
5. Kebiasaan ini sangat membantu untuk menghasilkan naskhah bersih.
6. Letak kebiasaan menyunting ketika menulis bahan, menulis di blog, selepas publish entri, selepas susun bab. Edit keseluruhan bab.
7. Bacaan pruf oleh rakan-rakan.
8. Upah editor.
9. Selepas gabungkan ke semua bab, print out dan edit lagi.
10. Boleh peram seminggu, sebulan. Kemudian baca lagi dalam keadaan otak segar dan lapang, pilihan waktu pagi.
11. Semua proses di atas adalah rutin bagi mendapatkan manuskrip yang sedap dibaca.
12. Boleh buat penambahan bilangan muka surat yang baharu, kemudian terbit semula dalam edisi kemas kini.
13. Buat sasaran berapa matlamat manuskrip setiap tahun. Dengan pencapaian 1 atau 2 manuskrip. 12 naskhah bagi 12 bulan.
14. Kembangkan lagi 1 ebook kepada 12, 30, 50 atau 100 judul.
15. Fokus ebook seterusnya adalah berdasarkan niche penulisan yang pertama, menjadikan ia bersiri.

Tulis dan terbit ebook pertama

Ulasan Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama

Teks: Hifzaila Hafni

Menjadi penulis kini tidak semestinya perlu bermula dengan buku bercetak.
Dengan peningkatan dan penglibatan pelbagai kos untuk menerbitkan sesebuah buku, maka menghasilkan ebook merupakan salah satu langkah awal yang bijak untuk mengetengahkan bakat, kepakaran atau ingin berkongsi pengalaman masing-masing melalui penulisan. Selain dijadikan sebagai sumber pendapatan, juga sebagai saham akhirat kita untuk pahala berpanjangan.

Inilah matlamat Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama, yang dikendalikan oleh Puan Masayu Ahmad. Dengan pengalaman beliau sebagai bekas wartawan majalah di Karangkraf dan penulis buku serta ebook, kelas TTEP ini merupakan platform terbaik bagi penulis yang mahu bermula.

Kelas dijalankan setiap bulan, dan setiap pelajar akan dibimbing 'one to one', sedari mula mengenal pasti tajuk ebook seterusnya langkah demi langkah menyiapkan tugasan hingga selesai satu ebook.
Kelas dijalankan secara online, bonus bagi mereka yang sibuk atau berada di lokasi yang jauh. Tidak perlu datang ke kelas, yang penting ada gajet, data internet dan komitmen untuk siapkan tugasan yang diberi.
Buntu nak bermula dari mana, bagaimana mahu menyusun bahan supaya sedap dan mudah dibaca, bagaimana mahu menyampaikan cerita dengan berkesan sehingga kepada cara mempromosikan ebook sendiri - semuanya ditunjuk ajar dalam kelas ini.
Usah biarkan pengalaman dan kepakaran berkubur tanpa dikongsi. Kita tak tahu kalau-kalau ia bermanfaat pada orang lain. Tulislah.