Ulasan Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama
Teks: Hifzaila Hafni
Menjadi penulis kini tidak semestinya perlu bermula dengan buku bercetak.
Dengan peningkatan dan penglibatan pelbagai kos untuk menerbitkan sesebuah buku, maka menghasilkan ebook merupakan salah satu langkah awal yang bijak untuk mengetengahkan bakat, kepakaran atau ingin berkongsi pengalaman masing-masing melalui penulisan. Selain dijadikan sebagai sumber pendapatan, juga sebagai saham akhirat kita untuk pahala berpanjangan.
Inilah matlamat Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama, yang dikendalikan oleh Puan Masayu Ahmad. Dengan pengalaman beliau sebagai bekas wartawan majalah di Karangkraf dan penulis buku serta ebook, kelas TTEP ini merupakan platform terbaik bagi penulis yang mahu bermula.
Kelas dijalankan setiap bulan, dan setiap pelajar akan dibimbing 'one to one', sedari mula mengenal pasti tajuk ebook seterusnya langkah demi langkah menyiapkan tugasan hingga selesai satu ebook.
Kelas dijalankan secara online, bonus bagi mereka yang sibuk atau berada di lokasi yang jauh. Tidak perlu datang ke kelas, yang penting ada gajet, data internet dan komitmen untuk siapkan tugasan yang diberi.
Buntu nak bermula dari mana, bagaimana mahu menyusun bahan supaya sedap dan mudah dibaca, bagaimana mahu menyampaikan cerita dengan berkesan sehingga kepada cara mempromosikan ebook sendiri - semuanya ditunjuk ajar dalam kelas ini.
Usah biarkan pengalaman dan kepakaran berkubur tanpa dikongsi. Kita tak tahu kalau-kalau ia bermanfaat pada orang lain. Tulislah.
No comments:
Post a Comment