Monday, October 23, 2017

Manuskrip

Panduan asas terbit - menghantar manuskrip.
1. Pilihan menjual ebook sama ada terbit sendiri atau melalui penerbit.
2. Jual melalui blog sendiri contoh www.masayuahmad.com
Jual melalui web jualan sendiri, contoh www.akademibekerjadirumah.com/shop
3. Jual melalui laman minisite.
4. Jual melalui penerbit.
5. Apabila mahu memilih untuk hantar kepada penerbit. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan penerbit.
6. Penerbit berhak menolak manuskrip yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
7. Penerbit berhak menolak manuskrip yang lemah, konten yang kurang padat, terdapat kesalahan asas bahasa dan tatabahasa.
8. Setiap penerbit ada house style penerbitan. Contoh PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
9. Apabila proposal manuskrip diterima, penerbit berhak mengarahkan penulis untuk rombakan semula keseluruhan atau pada bab-bab tertentu sahaja.
10. Semua di atas adalah proses rutin yang biasa sahaja dalam menyiapkan sesebuah manuskrip sama ada terbit sebagai buku atau ebook. Sama ada terbit sendiri atau melalui penerbit.

No comments:

Post a Comment